𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗕 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜


 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔

𝗬𝗕 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

𝟬𝟵 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱.








Pada 17.11.2022, YB Tuan Ibrahim Tuan Man (yang lebih dikenali sebagai YB Tuan Ibrahim Tuan Man) telah memfailkan satu saman sivil terhadap YB Mohd Rafizi Bin Ramli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saman sivil tersebut telah didaftarkan dengan no guaman: WA-23CY-54-11/2022.


Saman sivil tersebut adalah berkaitan dengan kenyataan-kenyataan media YB Rafizi di mana YB Rafizi telah membangkitkan beberapa persoalan berkenaan fungsi dan peranan seorang Menteri semasa tempoh kerajaan caretaker selepas Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU-15.


Di antara persoalan yang dibangkitkan oleh YB Rafizi berkenaan terdapat usaha penganugerahan satu projek tebatan banjir Sungai Langat 2 yang bernilai RM2 billion kepada Mangkubumi Sdn Bhd semasa Kerajaan Caretaker oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semasa YB Tuan Ibrahim bertindak selaku Menteri.


YB Rafizi telah memajukan persoalan-persoalan tersebut melalui kenyataan-kenyataan medianya terdahulu berdasarkan kepada maklumat dan dokumen yang diperolehi oleh beliau daripada sumber yang dipercayai.


Untuk mengelakkan dari perkara ini berpanjangan, atau persoalan yang ditimbulkan oleh YB Rafizi disalahertikan oleh orang awam, atau menimbulkan salah faham terhadap YB Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Rafizi dengan ini bersetuju untuk menurunkan kesemua posting di media sosial di bawah kawalan YB Rafizi yang bersabit dengan perkara ini.


Memandangkan isu berkenaan keterlibatan YB Tuan Ibrahim dalam usaha penganugerahan satu projek tebatan banjir Sungai Langat 2 yang bernilai RM2 billion kepada Mangkubumi Sdn Bhd bukanlah sebenarnya tumpuan kenyataan-kenyataan media YB Rafizi terdahulu, semasa Kerajaan Caretaker oleh KASA, maka keterlibatan YB Tuan Ibrahim dalam usaha penganugerahan projek tersebut tidak lagi berbangkit di antara pihak-pihak. YB Tuan Ibrahim bersetuju untuk menarik balik saman sivil tersebut.


Di atas semangat penyelesaian secara berhemah, YB Tuan Ibrahim dan YB Rafizi secara bersama bersependapat bahawa sebarang perselisihan atau salah faham yang berlaku antara pihak-pihak di dalam tindakan saman ini wajar diketepikan demi kepentingan awam, keharmonian masyarakat serta kestabilan politik dalam negara.


Oleh yang demikian, pihak-pihak dengan ini ingin memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diselesaikan secara baik di luar Mahkamah.




No comments: