Menerima kunjungan hormat daripada tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu selepas penerimaan watikah pelantikan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 September 2025 lalu.
Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Dato’ Yubazlan Yusof, Duta Besar Malaysia ke Brazil Dato’ Mohammad Ali Selamat, Duta Besar Malaysia ke Jerman Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Haznah Md. Hashim, dan Duta Besar Malaysia ke Poland Dato’ Azri Mat Yacob.
Dalam pertemuan ini, saya menitipkan amanat penting agar mereka terus memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara tuan rumah.
Tumpuan utama harus diberikan kepada usaha memacu aktiviti perdagangan dua hala dan menarik pelaburan asing berkualiti tinggi, demi menjamin kemakmuran ekonomi negara kita.
Moga mereka menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja









No comments:
Post a Comment