KRONOLOGI SELEWENG HAMPIR SETENGAH BILLION


Faridzul Asyraf Mat Arifin







1 - Maju Holdings (melalui Maju Expressway Sdn Bhd/MEX II Sdn Bhd) dilantik sebagai syarikat konsesi untuk membina lanjutan lebuh raya MEX sepanjang ≈18 km dari Putrajaya ke KLIA, sebagai fasa kedua kepada MEX asal yang dibuka pada Disember 2007   .

.

2 - Sukuk bernilai RM1.3 bilion diterbitkan pada 2016 untuk membiayai projek tersebut   .

.

3 - Projek yang dijangka siap pada Disember 2019 diganggu oleh masalah aliran tunai, menyebabkan pembayaran kupon sukuk gagal sejak 2021. sukuk disuspend oleh CIMB Investment Bank pada akhir 2021  .

.

4 - Hingga 2024, MEX II hanya 89% (yang di claim) siap sementara hanya tersedia kira-kira RM30 juta dalam akaun projek – berbanding RM1.3 bilion yang dikumpul   

.

5 - Walhal kalau tengok, tak nampak bayang pun MEX II ni dibuat. Ternyata duit sukuk diseleweng

.

6 - Sejak Mei 2025, MACC membuka tiga kertas siasatan berkaitan

- Agihan palsu RM360 juta daripada sukuk.

- False claims RM416 juta

- Rasuah berjumlah sekitar RM12 juta yang dipercayai melibatkan pegawai dan pihak berkepentingan  .

.

7 - Pada 1 Mei, beberapa individu — termasuk bekas CEO Maju Holdings — ditahan untuk siasatan dan disambung reman pada 3 Mei   .

.

8 - Aset bernilai puluhan juta dirampas, termasuk jam tangan bernilai RM5 juta, koleksi barangan mewah dan tunai RM34 juta, serta kereta mewah dan minuman keras bernilai RM3 juta  

.

9 - Hari ni Pendakwaan di Mahkamah kepada Tan Sri Abu Sahid Mohamed, pengarah Maju Holdings melibatkan

- 4 Pertudunhan criminal breach of trust (CBT), RM313.1 juta yang dipercayai disalah guna antara Mei 2016 dan Oktober 2019 di akaun bank atas nama syarikat di Bukit Tunku    .

- 13 pertuduhan pengubahan wang haram, RM116.4 juta dipindahkan kepada individu dan syarikat, dan RM22.8 juta dikeluarkan melalui cek antara Mei 2016 dan Ogos 2019 

.

10 - Beliau mengaku tidak bersalah pada semua pertuduhan dan Mahkamah membenarkan ikat jamin RM1.5 juta dengan satu penjamin dan penyitaan pasport; kes disebut semula pada 3 November 2025   .

.

Ini antara kes high profile ni. Entah macam mana boleh tipu duit sukuk mudah sangat

.

MEX 2.0 yang sepatutnya memudahkan kita tak nampak bayang nak siapkannya



No comments: