TERIMA KASIH YB DATO’ SERI SAUDARA RAFIZI RAMLI: BERSAMA MENGUKUH PERKHIDMATAN STATISTIK NEGARA KE ARAH PEMANTAPAN PENGGUNAAN STATISTIK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN📊








Department of Statistics, Malaysia  (DOSM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Sdr Rafizi Ramli , Menteri Ekonomi, atas sokongan dan keyakinan penuh yang telah diberikan kepada seluruh warga #DOSM. Di bawah kepimpinan dan sokongan strategik YB, pelbagai inisiatif penting berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, khususnya dalam usaha memacu perkhidmatan statistik negara ke tahap yang lebih tinggi, lebih menyeluruh dan berpaksi kepada penyelesaian permasalahan rakyat dan negara.


Sesungguhnya, pelbagai kejayaan yang bermakna diraikan bersama, hasil sinergi teguh antara YB dan #DOSM:

✅ Kedudukan No. 1 ODIN (Open Data Inventory) di dunia, melalui inisiatif OpenDOSM, menjadikan Malaysia rujukan keterbukaan data global.

✅ Banci Pertanian 2024 , yang mengumpul baseline penting sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara untuk penggubalan dasar yang inklusif dan mampan.

✅Pembangunan pangkalan data digital sektor pertanian (TaniStats) dan MyAgro Price

✅ Sambutan Jubli Perak 75 Tahun DOSM, yang menghargai perjuangan wira data perkhidmatan statistik sejak 1949.

✅ Banci Ekonomi 2024 memberi data yang relevan untuk perancangan dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.

✅ Sambutan Hari Statistik Negara  2024, yang meraikan budaya berasaskan data dan penglibatan seluruh masyarakat.

✅ Pangkalan Data Utama PADU Official  sebagai pangkalan data utama profil individu dan isirumah warganegara malaysia yang menjadi rujukan penyaluran program/dasar yang bersasar.

✅ Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (MyPAKW) PAKW Official  merintis program bantuan bersasar dengan lebih berkesan menerusi penentuan kos sara hidup mengikut lokaliti. 

✅ Penerbitan Laporan Gaji dan Upah Suku Tahunan sektor formal secara rasmi buat julung kali.

✅ Banci Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) 2024 mengukur prestasi sektor OGSE serta menetapkan penanda aras baharu untuk statistik OGSE di Malaysia.


Ungkapan ikonik YB “Kalau #DOSM go left, we go left”  menjadi simbol dokongan dan kepercayaan yang amat kami hargai. Ia menyuntik semangat kepada kami untuk terus melangkah ke hadapan sebagai penyedia statistik rasmi yang telus, berintegriti dan dipercayai berteraskan UNFPOS (https://unece.org/statistics/FPOS).


Dengan sokongan berterusan YB, #DOSM komited untuk terus memperkasa pembudayaan pembuatan keputusan berasaskan data dalam agenda perancangan dasar negara dan memastikan setiap angka membawa makna untuk rakyat.


Terima kasih YB Dato’ Seri Sdr Rafizi Ramli!


@highlight



No comments: