KENAPA SOKONG ‘PEJUANG’ ISRAEL???


Norman Radzuan





Saya setuju kata Shahril aset PMX mempunyai pembangkang yg lemah. Lebih tepat kata Hishamudin Rais pembangkang ini bebal, bodoh, bangang & bingai.


Selepas memainkan isu ubi kentang dan kemudian isu Abg Belon yg ditinggalkan begitu sahaja, kini mereka mainkan isu Yusoff Rawther.


Isunya kenapa PMX diserang sdgkan kes ini antara Yusof Rawther dan pihak polis yg membuat tangkapan dan tuduhan. Apa kena mengena dgn PMX? 


PAS sepatutnya tidak membawa Yusoff Rawhter ke KUIZM, seorang yg mengaku menyokong Israel. Yusoff dgn bangganya berkata “One Malaysian, Standing with Israel”.


Yusoff menolak hak Palestin ke atas Baitulmaqdis, menuduh solidariti dunia Islam sebagai “naratif ciptaan media” dan melabel perjuangan Palestin sebagai anti-Semitik dan bodoh.


Jika saya ahli PAS saya rela dibuang ahli utk PAS membawa seorang lelaki yg terang terangan menyokong Israel. Tidak sanggup saya melihat org yg  menghina perjuangan Palestin sebagai bodoh.


Membela Yusof seolah olah kita membela seorang pejuang Israel dan menghina pejuang Islam Palestin. Saya tidak sangka selepas Abg Belon, PAS begitu lemah dipergunakan Bersatu dan team Mahathir utk politik murahan hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan terhadap Palestin.



No comments: