Jika pemimpin #PKR dari Sabah sendiri dah bersuara begini, bayangkan perasaan dan emosi akar umbi disana.?
MOVE ON, HENTI DESAK RAFIZI DAN NIK NAZMI KELUAR DARI PRINSIP.
Saya mengambil maklum kenyataan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meminta Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk melepaskan jawatan dalam kabinet.
Semalam dalam satu ciapan di Facebook, Rafizi memaklumkan telah mengosongkan pejabat dan tidak berganjak dari pendirian beliau.
Bagi saya pemimpin Keadilan perlu 'move on' dan berhenti memaksa Rafizi dan Nik Nazmi untuk keluar dari prinsip mereka.
Bagi mereka, kedudukan sebagai pimpinan utama parti adalah asas yang meletakkan mereka dalam kabinet kerajaan Persekutuan.
Namun mereka dengan terbuka menerima bahawa mandat itu telah ditarik oleh anggota Keadilan sendiri maka atas dasar prinsip mereka melepaskan jawatan.
Jika Shamsul ingin Rafizi untuk berjiwa besar, sepatutnya perkara itu berlaku di awal sebelum pemilihan parti bila mana YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Keadilan meminta agar Rafizi diberi laluan mudah dan kekal sebagai Timbalan Presiden.
Namun Shamsul sendiri antara yang terawal menggerakkan kenyataan sokongan kepada Nurul Izzah untuk menidakkan gesaan Presiden dan melawan Rafizi.
Jika sudah niat ingin menyingkirkan Rafizi, bagi saya pemimpin Keadilan tidak perlu hipokrit memandangkan Rafizi dan beberapa sekutunya berjaya disingkirkan.
Sepatutnya Shamsul melihat tindakan Rafizi dan Nik Nazmi membuktikan bahawa adalah 'Pemimpin Sinaran' dan bukannya 'Pemimpin Sialan' seperti beberapa ciri pemimpin yang disebut sendiri oleh Shamsul Iskandar sebelum ini.
- Razeef Rakimin -


No comments:
Post a Comment