BORHAN AHMADJune 14, 2025
Tak cukup mengebom Gaza saban hari, tak cukup menodai Al-Aqsa setiap
minggu, kini Israel melebarkan angkuhnya ke Tehran pula. Kononnya atas nama
keselamatan.
Kononnya ‘serangan pencegahan’ tetapi dunia tahu – ini bukan soal
pertahanan,ini soal penyelewengan dan gila uasa kuasa, kata Presiden Amanah,
Datuk Seri Mohamad Sabu.
Bagi beliau, Israel semakin berlagak sebagai polis dunia, pendakwa,
hakim dan algojo dalam satu badan.
“Dan dunia Arab? Masih pura-pura pekak, buta, bisu. Bila Iran bertindak
– mereka ‘ancaman’. Bila Israel menyerang – mereka ‘menjaga kestabilan’. Double
standard yang menjijikkan,”kata beliau.
Sehubungan itu, katanya, Parti Amanah Negara mengecam sekeras-kerasnya
serangan pengecut ini.
“Ya – pengecut. Sebab hanya pengecut yang serang dari langit, bunuh dari
jauh, tapi takut bila rakyat bersatu melawan kezaliman,” katanya.
Kepada rejim Zionis, katanya, kezaliman mungkin tampak gagah hari ini,
tapi ingat – angin perubahan tidak pernah berhenti.
“Semakin ramai umat manusia yang sedar siapa sebenarnya penjajah, siapa
sebenarnya pengganas.
“Dan kepada dunia: Jangan tunggu sampai bom jatuh di atas kepala sendiri
baru mahu bersuara.
“Keamanan tidak datang dari tunduk pada penindas – ia datang bila
kebenaran ditegakkan, walau berdepan kuasa sebesar mana,” katanya.
No comments:
Post a Comment