PERSEPSI LUASKAN SKOP CUKAI

 


Ramai yang kecoh kononnya kerajaan zalim kerana meluaskan skop cukai SST. Tapi tahukah anda, antara barang yang dikenakan cukai ini ialah















✅ King Crab – RM320/kg

✅ Truffle – RM1,500/kg

✅ Salmon Norway – RM89/kg

✅ Kain Sutera Asli – RM600/meter


Mari kita jujur sekejap.

Berapa ramai antara kita yang pernah beli truffle atau king crab?


Atau pun sekurang-kurangnya, pernah nampak depan mata?


Yang diperluaskan skop cukai SST ini ialah barangan mewah, bukan barang keperluan harian.


Contohnya:


🍄 Truffle, bukan cendawan butang dalam tin


🦀 King Crab, bukan ketam flower RM20 sekilo


👗 Sutera asli, bukan blouse RM25 kat Hari-Hari


SST bukan ditujukan pada rakyat biasa.

Ia ditujukan kepada golongan berpendapatan tinggi yang mampu membeli barang premium dan mewah.


Industri juga dikenakan SST untuk barangan tertentu seperti:


🚜 Traktor kontena

🏗️ Forklift kilang

⚙️ Mesin berat industri


Bukan motosikal EX5 atau kenderaan persendirian rakyat.


Jadi kenapa kita yang tidak terlibat dengan barangan ini pula yang paling lantang membantah?


Yang beli crab stick marah king crab kena cukai.


Yang tak pernah pakai sutera, marah sutera asli kena SST.


Kita berhak marah jika dasar cukai menekan rakyat.


Tapi jangan marah secara sembrono, terutama bila barang yang dicukai itu tidak ada dalam radar hidup kita pun.


Kesimpulannya, SST kali ini menyasarkan kemewahan, bukan keperluan.

Kalau kita bukan pembeli barangan mewah, tiada apa yang perlu dirisaukan.


Yang penting, marah biar cerdik. Bukan marah ikut trend.




No comments: