Fathi Atis Omar
Keajaiban garisan berkembar di selekoh tempat nahas bas yang mengorbankan 15 nyawa pelajar UPSI dan 33 orang lagi cedera.
Hari ini (siang, 11 Jun) tersebar rakaman video kawasan itu sedang dicat garisan berkembar putih. Kon di tengah jalan sewaktu kerja mengecat garisan penting ini masih ada.
Gambar 2020 2022
Padahal garisan berkembar ini paling akhir dirakam pada 2014 atau 11 tahun dahulu! Tunggu nyawa melayang dahulu, baru kerajaan atau JKR ada akal?
Semakan imej peta Google menunjukkan cat garisan berkembar ini sudah hilang atau tidak nampak sama sekali pada 2018 dan 2020.
Malah rakaman video dan foto pada hari kejadian (9 Jun) tidak menunjukkan secalit warna putih pun di atas jalan yang berliku, banyak selekoh itu!
Tetapi setelah tragedi tersebut, ramai mengecam kerajaan atas sikap acuh tidak acuh itu, barulah mereka mula terfikir buat. :(
Keselamatan pengguna Jalan Raya Timur Barat bukan keutamaan kita. Keutamaan kita satu sahaja: buat kerja sambil lewa, acuh tidak acuh, lepas terantuk baru tengadah. Perlu kecam berjemaah!
VIDEO garisan berkembar baru dibuat semula
https://www.facebook.com/share/p/195evDfDGQ/
KRITIKAN saya pada petang hari kejadian
https://www.facebook.com/share/p/1913n7iAPt/
PETA lokasi nahas bas bawa pelajar UPSI
https://www.facebook.com/share/p/1AWnQe6FZ5/






No comments:
Post a Comment