MEMALUKAN KAUM PENDIDIK.

 


Guru Hina Pelajar UPSI Meninggal Dunia Mohon Maaf – PPD & JPN Ambil Tindakan








📍 Seorang guru dari sebuah sekolah menengah di negeri Perak yang sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai berikutan kenyataan jelik di media sosial berhubung kematian 15 pelajar UPSI dalam nahas tragis di Jalan Gerik-Jeli, telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.


Individu terbabit dikecam hebat susulan hantaran di Facebook miliknya yang menyifatkan pemergian mangsa sebagai “kematian dalam keadaan hina”, selain mendakwa kononnya para pelajar terbabit bukan golongan beriman kerana masih berhutang dengan PTPTN.


📌 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memaklumkan bahawa satu laporan lengkap sedang disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung tindakan guru berkenaan.


Menurut Exco Pendidikan Negeri, YB Khairudin Abu Hanipah, pihak PPD telah menasihati guru terbabit untuk memadamkan hantaran tersebut, dan semakan mendapati ia telah dipadam sekitar jam 8.10 malam, Selasa.


Kenyataan itu bukan sahaja mencetuskan kemarahan masyarakat, malah mengguris hati keluarga mangsa yang sedang meratapi kehilangan insan tersayang.




No comments: