
KOTA KINABALU, 11 Jun 2025 – Penulis dan penganalisis politik, Musli Oli, mempersoalkan keberkesanan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, khususnya dalam pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) berkaitan pemilikan ekuiti Bumiputera.
Menurut Musli, Tun Hussein Onn menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dr Mahathir pada tahun 1981 dengan harapan pemimpin muda itu dapat merealisasikan sasaran 30% pemilikan saham Bumiputera menjelang 1990 – matlamat utama DEB. Pada ketika itu, pemilikan ekuiti Bumiputera berada sekitar 18%.

“Tun Hussein melepaskan jawatan atas rasa tanggungjawab kepada bangsa Melayu dan Bumiputera. Beliau percaya Tun Mahathir mempunyai semangat politik yang kuat (strong political will) untuk mencapai sasaran DEB dalam tempoh baki sembilan tahun,” kata Musli.
menyalahkan orang Melayu dengan label ‘haprak’. Dasar ekonomi yang kononnya memberi ‘tongkat’ kepada Bumiputera dianggap gagal. Kini, selepas puluhan tahun, beliau sendiri mencari ‘payung’ buat Melayu,” ujarnya sinis.
Musli melihat pencapaian ini sebagai bukti kegagalan dasar-dasar yang dilaksanakan semasa era pemerintahan Tun Mahathir, meskipun retorik memperkasakan Bumiputera sering dilaungkan.
Isu pemilikan ekuiti Bumiputera ini dijangka terus menjadi topik utama dalam wacana politik dan ekonomi negara, terutamanya dalam menilai hala tuju sebenar pemerkasaan ekonomi Bumiputera pasca-DEB.
No comments:
Post a Comment