KALAU SANUSI LIHAT INI, DIA PUN TAK MAMPU LAKUKAN DI NEGERI DIA.SEMBANG SAJA DERAIH, HAPA PUN TARAK

 

Dari B40 kepada M40, peserta IPR berjaya jana antara RM2,000 hingga RM6,000 sebulan

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) berjaya mengubah kehidupan golongan B40 untuk memiliki pendapatan yang lebih baik, malah ada yang terus melonjak ke kumpulan M40.

Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, ada peserta yang menyertai Inisiatif Usahawatan Tani (INTAN) mampu meraih julat pendapatan bulanan berjumlah antara RM2,000 hingga RM6,000.


“Bagaimanapun, memandangkan peserta IPR-INTAN diberikan elaun pra-penuaian bulanan berjumlah RM500, maka sebahagian besar daripada mereka telah berjaya meraih pendapatan melebihi RM1,700,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara hari ini menurut Bernama.


Beliau menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda mengenai jumlah peserta yang berjaya menyertai program IPR mengikut kategori dan jumlah yang telah melepasi garis pendapatan RM1,700.


Sehingga 17 Mac, seramai 6,287 peserta yang telah diluluskan menyertai Program IPR iaitu Inisiatif IPR-INTAN, Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Basmi Miskin Tegar (BMT).

Lapor Bernama, bagi IPR-INSAN, sejumlah 374 peserta program rintis telah mendapat manfaat daripada program itu dengan purata jualan harian peserta adalah antara RM90 hingga RM400.


Daripada jumlah peserta itu, seramai 199 peserta berjaya meraih purata hasil jualan melebihi RM1,700 berdasarkan rekod jualan bagi Disember 2024 dan Januari 2025.

Di bawah IPR-BMT, seramai 411 peserta telah berjaya melepasi paras garis kemiskinan tegar iaitu RM1,198, merangkumi 376 peserta yang telah berjaya meraih pendapatan minimum bulanan berjumlah RM1,700.



No comments: