Nazri Hamdan
Trump kata dia akan kenakan tarif 100% bagi negara BRICS yang cuba keluar dari sistem US Dollar. Yang dimaksudkan oleh beliau ialah bila negara-negara BRICS dah tak simpan USD sebagai matawang rizab negara mereka.
Matawang rizab ni ialah simpanan matawang asing yang disimpan oleh bank pusat. Kenapa bank pusat simpan matawang asing iaitu USD sebab ia diguna untuk import.
Bolehkah bank pusat tukarkan simpanan USD mereka pada matawang asing yang lain. Jawabnya boleh. Tapi tak ada sebab nak buat macam tu kalau perdagangan antarabangsa masih guna USD.
Nak pindah dari USD ke matawang lain bukan perkara yang boleh dibuat dalam masa singkat. Ia hanya boleh dibuat secara beransur-ansur.
BRICS pula tak boleh tiba-tiba nak cipta matawang mereka sendiri. Nak cipta matawang ni proses rumit. Kena ada bank pusat sendiri. Dalam masa terdekat saya langsung tak nampak perkara ni boleh dibuat.
Yang boleh dibuat dalam masa terdekat ialah negara-negara BRICS gunakan matawang mereka sendiri untuk berdagang sesama sendiri.
Ini secara automatik akan kurangkan kebergantungan pada USD dan perlahan-lahan dan bank pusat masing-masing kurangkan rizab USD secara berperingkat.
Point di sini, bank pusat pegang USD bukan semata-mata sebab mereka suka-suka nak pegang. Tapi sebab utama ialah perdagangan. Jika perdagangan tak perlukan USD, pegangan rizab USD akan secara automatik menurun.
No comments:
Post a Comment