MALAYSIA ANTARA 5 NEGARA PENYUMBANG AL QURAN.


 Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Ahmad Zahid yang juga Penaung Program Wakaf Al-Quran peringkat kebangsaan berkata pengiktirafan itu antara lain merupakan hasil usaha Yayasan Restu dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang menyumbang lebih 100,000 naskhah al-Quran ke luar negara termasuk Indonesia, Thailand, Kemboja, China serta Afrika Selatan.


Sementara di Malaysia, lebih 500,000 naskhah telah diwakafkan oleh pelbagai institusi dan organisasi menerusi Program Wakaf Al-Quran yang bermula sejak 2007 dengan matlamat menyebarkan kitab itu kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.


Sumber: BERNAMA


#MediaSelangor #Wakaf



No comments: