LAWATAN AKHIR KE PERAK.

 


Mengakhiri lawatan kerja di Perak hari ini, saya ke SJK(C) Chong Hwa Kanthan Baru untuk memenuhi undangan ke Jamuan Teh Tahun Baharu Cina bersama rakyat.








Saya menghargai sambutan yang begitu meriah dari luar hingga ke dalam dewan serta persembahan unik sama ada tarian singa dan naga, muzik serta pertunjukan wushu yang dipersembahkan anak-anak pelajar.


Dalam ucapan, saya nyatakan rasa senang hati melihat sambutan Tahun Baharu Cina di seluruh negara diraikan dengan semangat perpaduan dan menghormati perbezaa oleh pelbagai kaum.


Malaysia bukan negara yang mudah ditadbir kerana berbilang kaum, agama, dan wilayah dengan cabaran dan keperluan yang berbeza-beza. Tetapi kita punya matlamat yang sama, yakni mahu melihat anak-anak membesar dengan baik, mendapat pendidikan berkualiti, anak muda punya pekerjaan bermaruah dan ibu bapa hidup selesa. 


Matlamat ini mampu direalisasikan sekiranya negara kekal aman serta usaha ini digerakkan secara bersama oleh Kerajaan dan rakyat keseluruhannya.


Di peringkat antarabangsa, Malaysia semakin menerima penghormatan oleh negara-negara  dan pelabur-pelabur asing. Bermula minggu depan, saya akan menerima kunjungan pembesar-pembesar asing yang berminat dengan Malaysia berikutan kestabilan, pertumbuhan ekonomi, dan peluang pelaburan yang meyakinkan.


Namun kita masih punya cabaran yang harus ditangani, umpamanya kenaikan harga barang yang masih membebankan rakyat meskipun ekonomi berkembang dan inflasi terkawal. Isu ini bukan hanya di Malaysia, malah turut dibincangkan pimpinan dunia tatkala saya berkunjung ke negara-negara luar. 


Justeru, penting untuk semua pihak bersama-sama mencari jalan penyelesaian ketimbang mencetus perbalahan tanpa kesudahan.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



No comments: