Isu bendera asing
Satu ketika, warga Malaysia amat berbangga dengan kehadiran bendera Malaysia di negara asing sempena ulang tahun kemerdekaan negara.
Antaranya di Dubai, Hungary, Bangkok dan Chicago
Sebagai negara bersahabat, Malaysia juga ada memaparkan bendera negara asing pada hari khas seperti kemerdekaan, lawatan pemimpin atau sambutan ulang tahun diplomatik khas.
Antara negara yang pernah kita 'pasang' pada bangunan ikonik kita ialah Indonesia, UAE, China dan India.
Perkara ini adalah normal dalam kalangan negara yang matang dan bertamadun.
Bagaimana pula boleh tidak normal apabila kita suka dan bangga bendera kita dipaparkan dibangunan ikonik mereka seperti Burj Khalifa.
Teringat pula saya satu slogan yang sedang viral.
#nakmundurundiPas
Nampaknya seperti benar sekali slogan tersebut. Perkara diplomatik jadi isu perkauman oleh pihak Pas.
Mundur ke belakang apabila hubungan baik dua negara dirosakkan dengan sentimen negatif.
Apa lagi agaknya akan dirosakkan oleh geng ini agaknya?
Pesan saya, walaupun anda tak cukup jumlah.
Tapi cukup-cukuplah mengamalkan politik toksik yang merosakkan negara.
Ingat ya...Cukup-cukuplah.
Terima kasih.
ATADAFA
Fairul al Qasas
No comments:
Post a Comment