MB KELANTAN PERLU TEGUR WAKIL RAKYAT CABUK


MSO





Seorang wakil rakyat Pas dari Kelantan yang menyebut-nyebut isu yang telah diselesaikan oleh mahkamah terhadap PM Anwar Ibrahim dalam ceramahnya, merupakan perbuatan yang sungguh tidak beradab dan politik tahap cabuk.


Wakil rakyat berkenaan mempersoalkan pelantikan Anwar sebagai perdana menteri, wahal PM itu telah dibabitkan dengan suatu pertuduhan menjijikkan hasil konspirasi politik untuk mecemarnya oleh ketua regim dahulu yang kini disanjung oleh Pas.


Apa yang diungkit itu sudah terlipat dalam buku sejarah yang tidak perlu dijadikan modal politik murahan yang mana mengangkatnya sebagai isu menunjukkan si pengangkatnya merupakan seorang haprak, berfikiran kotor dan tidak boleh move on.


Sehubungan itu kita minta ketua Pas Kelantan atau MB Nasaruddin Daud menegur gelagat wakil rakyat berkenaan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan Persekutuan yang berjalan kini. Dibimbangi serangan penuh kebencian wakil rakyat itu terhadap PM boleh menimbulkan rasa tidak senang dari kalangan rakyat di Kelantan yang mencintai perdamaian. 


Nasaruddin perlu memberi tahu dan mengingatkan kepada wakil rakyat berkenaan akan kerjasama dan persefahaman dibentuk antara kerajaan Kelantan khasnya antara MB dan Exco bersama dengan kerajaan Persekutuan dengan Anwar Ibrahim. Tidak perlu takut atau segan untuk memaklumkan hal demikian.


Kerana dia berada diluar majlis kerajaan negeri, (bukan Exco)  maka dia buta tentang hubungan baik dan persefahaman kerajaan Pas Kelantan dengan PM. Dia buta daripada melihat apa-apa yang telah dibantu oleh Anwar untuk Kelantan.


Kalau boleh maklumkan kepada wakil rakyat haprak berwarna hitam itu yang beliau (MB) dan pegawai kanan kerajaan sering kali berjumpa dengan PM menyampaikan apa-apa yang diperlukan, dan mendapat layanan baik. Juga jangan lupa senaraikan peruntukan kewangan dan nilai projek yang disalurkan untuk Kelantan oleh kerajaan Madani. 


Apakah wakil rakyat itu tidak faham yang Anwar telah diberikan pengampunan penuh oleh Sultan Mohamad ke V ketika baginda menjadi Yang diPertuan Agong. Tidakkah dengan mengungkitkan cerita buruk terhadap PM itu tidak diperhatikan oleh Al Sultan?  Apakah kata kalau Tuanku terasa hati tidakkah ia akan menyusahkan pihak kerajaan?


Pas sudah memerintah Kelantan lebih 30 tahun, kerajaan Kelantan tidak mungkin dapat bertahan sampai tiga dekad dalam memenuhi kehendak rakyat dari segi pembangunan, bayar gaji kakitangan kerajaan, dan menyelesaikan apa-apa masalah rakyat. Atas bantuan dan pertolongan kerajaan bawah pimpinan Anwar itu haruslah reti berterima kasih. 


Jika tidak berpuas hati, kritik dan seranglah dengan membangkitkan isu atau fakta lain yang menampakkan kita beradab dan cerdik, serta sesuai sebagai seorang penganut agama Islam.


Sekali lagi diulangkan, wakil rakyat sedemikian wajar kalau tidak dipilihan untuk menjadi salah seorang wakil di DUN Kelantan, kerana ia tidak membawa kebaikan tetapi menimbulkan keadaan tidak kondusif dan boleh memalukan Pas.


Kita yakin presiden parti itu Topk Dor tidak menegur akan kebiadaban dan kecabukan wakil rakyat itu kerana dia sewaktu dengannya. Trims.