SALAM 32-0



 Penduduk Kampung Bukit  meluahkan rasa kecewa kepada admin kerana setiap tahun masalah  Pencemaran Debu tanah dikawasan ini tidak dapat diselesaikan walaupun setiap tahun aduan telah dibuat kepada Wakil Rakyat, Jabatan Alam Sekitar, PDRM,JPJ, PTG,Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan agensi-agensi terlibat.





Menurut seorang pengadu, Kemalangan melibatkan lori dan orang awam  sering berlaku dikawasan ini manakala murid-murid di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bukit sering mendapat penyakit akibat daripada pencemaran debu yang sangat teruk dikawasan ini serta ibubapa bimbang untuk melepaskan anak-anak mereka ke sekolah dengan sendiri kerana bimbang dengan faktor keselamatan anak-anak.


Min harap pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan segera agar pemantauan dan operasi dapat dijalankan di laluan ini memandangkan laluan jalan ini merupakan jalan penghubung utama penduduk dari Bukit Payung ke Chendering.


Kredit : Penduduk Kampung Bukit


 #MajuTerengganuKu