Benda boleh setel tapi nak belasah orang beramai-ramai.
Kes terlanggar gerai meniaga mee goreng pasar malam.
Satu kuali mee tu katalah boleh dapat 50 bungkus. Jual sebungkus RM5, total RM250.
Khemah niaga besi yang bengkok tu, dalam RM500 paling mahal agak-agak.
Cincai-cincai mintak ganti rugi RM1,000-1,500, selesai.
Dok gedebe tak ketahuan hala, kena report tak ke dalam ke korang?
Daripada boleh sambung meniaga, terus tutup kedai kena reman beberapa hari.
Belum lagi kira kalau sabit kes dan penjara/denda lagi. Tak berbaloi langsung.
Kesian abang OKU mental yang kena belasah ni.