KEKAL Cakna dengan nasib mangsa banjir dan keadaan cuaca yang masih tidak menentu, YADIM Negeri Terengganu pada 17 Januari mengadakan Program Madani Prihatin Misi Bantuan Bencana Banjir Daerah Kemaman.
Ia merupakan gandingan kerjasama YADIM Negeri Terengganu bersama Pertubuhan Cakna Umat Terengganu (PECUT).
Bertempat di Medan Ikan Bakar Simpang Tiga, Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Kerteh, program ini menyantuni seramai 120 keluarga dari Kampung Baru Kiri, Kuala Abang, Kampung Gelugur, Kampung Kampung Tengah, Kampung Lubuk Kawah dan Kampung Padang Kemasik.
Turut disantuni ialah penduduk yang terjejas dari Kampung Baru Kanan, Kampung Padang dan Kampung Feri.
Sumbangan kepada para penerima disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Terdahulu dalam ucapannya, beliau berpesan bahawa ujian yang menimpa menandakan Allah menunggu hambaNya mengadu kepadaNya.
Tambahnya, sebagai hamba, manusia perlu yakin bahawa dalam melalui sesuatu ujian, Allah mengantikan dengan perkara yang lebih baik.
Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Bendahari PECUT, Haji Syed Hashim Waffa Syed Mohd Ghazi serta kakitangan YADIM Negeri Terengganu dan urusetia PECUT.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim
#melestarigerakandakwah
#MalaysiaMadani