Laporan RCI Batu Puteh: Bukti ada berlaku pengkhianatan kepada negara, kata PM

 



HarapandailyDecember 6, 2024

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujudnya pengkhianatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menganggap apa sahaja kesalatan berhubung kedaulatan negara sebagai pengkhianatan besar kepada negara.

“RCI mendedahkan kelemahan dari satu sudut pengkhianatan yang berlaku kerana setiap inci tanah (Batu Puteh) perlu diperjuangkan habis-habisan.

“Tetapi, nampak ada satu kegagalan dan ini telah didedahkan.

RCI pada Khamis mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Prosiding diusulkan itu berikutan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

 

Turut didedahkan ialah Mahathir membuat keputusan tersebut tanpa membincangkannya dengan Jemaah Menteri.

Suruhanjaya tersebut turut mengesyorkan Dr Mahathir disiasat dibawah seksyen 415(b) dan 418 di bawah Kanun Keseksaan.