Ini senarai 26 kes pemimpin, penyokong PAS kalah saman FITNAH wajib anda tahu.
1) 22 Jun 2016 – Yang Dipertua Pas Padang Serai Shaharuddin Ibrahim memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid sekiranya DAP memerintah.
2) 11 Oktober 2016 – Ketua Penerangan Pas Ustaz Nasrudin Tantawi membayar RM 10,000 kos guaman kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong Pulau Pinang.
3) 25 Januari 2017 – Hasan Ali kalah saman fitnah RM200,000 terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah kononnya Khalid menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.
4) 10 November 2017 – Bendahari Agung dan Pesuruhjaya Pas Perak kalah saman fitnah RM200,000 terhadap Datuk Seri Nizar.
5) 26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama Pas Che Masri kalah saman fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan seleweng tanah.
6) 25 Ogos 2018 – Muslimah Pas Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta gay. YB Khalid tekad teruskan saman.
7) 7 September 2018 – Tentera siber Pas Herman Samsudeen memohon maaf dalam mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima dana UMNO.
8) 21 November 2018 – Kamarul Zaman memohon maaf kepada Mujahid kerana menfitnah beliau sebagai “kuda tunggangan terbaik DAP”.
9) 26 Jun 2019 – Wan Zawawi Wan Ismail (Pas) kalah saman kerana memfitnah Haji Husam Musa terima duit DAP dan tauke judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat.
10) 26 Februari 2020 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok DAP memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman fitnah difailkannya terhadap Syarhan Humaizi Abdul Halim berhubung penerbitan artikel anti Islam dalam akaun Facebook milik Ketua Pemuda Pas Selangor itu pada 2019.
11) 21 Mei 2020 – Editor Sarawak Report, Clare Recastle Brown mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikenakan bayaran sehingga 2.5 juta pound (RM13.2 juta) oleh firma guaman beliau dalam kes saman mereka di England.
12) 9 Julai 2020 – Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam, Eric Paulsen dalam tuntutan kes saman fitnah terhadapnya.
13) 22 Jun 2020 – Kamarul Zaman memohon maaf kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Kebajikan Negara, Datin Che Asmah Ibrahim susulan kenyataan berbaur fitnah berhubung dana kepada pelarian Rohingya.
14) 10 Feb 2021- Saman fitnah Husam Musa terhadap bekas pengetua sekolah agama di Kelantan, Masri Che Yusoff Pas dan menetapkan nilai lebih tinggi Peguam Faiz Fadzil berkata mahkamah menetapkan nilai ganti rugi baru sebanyak RM150,000, dengan kos RM5,000.
15) 17 Februari 2021 – Mujahid berjaya batal saman fitnah Kamarul Zaman dan Mujahid telah menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta terhadap Kamarul Zaman.
16) 29 Mac 2021 – Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak saman yang dikemukakan syarikat AKSB yang diwakili oleh Pengerusi Lujnah Undang-undang Pas Kelantan Nik Bahrum Nik Abdullah terhadap bekas Naib Presiden AMANAH Husam Musa. Mahkamah juga mengarahkan AKSB membayar kos perbicaraan terhadap Husam.
17) 20 September 2021 – Wartawan kanan Harakah, Aziz Muda mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada Datuk Seri Mujahid di akhbar rasmi Pas itu, dan menarik balik artikelnya bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K’jaan PH patut dipersalahkan dan ‘Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH’.
18) 8 November 2021 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook pada 2019.
19) 7 November 2021 – Penulis Harakahdaily, Roslan Shahir yang menulis, “Husam: PAN parti diktator” dan disiarkan di portal rasmi Pas tersebut pada 14 September 2020 tampil memohon maaf.
20) 18 Mac 2022 – Mahkamah Tinggi memerintahkan Razman Zakaria, yang juga Pesuruhjaya Pas Perak untuk membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng dan membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung satu catatan Facebook yang disifatkan memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
21) 29 April 2022 – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak tuntutan saman fitnah yang dikemukakan Kamarul Zaman Yusoff terhadap Khalid Samad. Kamarul diperintah oleh mahkamah membayar kos sebanyak RM10,000 kepada bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu.
22) 30 Ogos 2022 – Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan berjaya mengetepikan saman fitnah yang dikemukakan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Ahmad Dusuki Abd Rani di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Dusuki diperintahkan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Hazmi.
23) 14 September 2022 – Bekas Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof berjaya mengetepikan saman fitnah yang dikemukakan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani. Mahkamah mengarahkan Dusuki membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Mujahid.
24) 4 Disember 2024 – Ahli Parlimen Kepala Batas , Dr Siti Mastura dikehendaki membayar saman berjumlah RM850,000 terhadap tiga pemimpin DAP kerana memfitnah kononnya mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tertinggi komunis ,Chin Peng dan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew. Faedah sebanyak 5% dikenakan terhadap ustazah Pas itu sehingga tarikh pembayaran diselesaikan.
STANDING ONDER