Zuwairi Md Yusof
Titah Adendum Sultan Pahang Kepada Kerajaan MADANI Buat Najib Razak https://x.com/MalaysiaGazette/status/1864554322316677556
INI BERITA PALESU
Anak lelaki Najib Razak iaitu Dato Nizar akhirnya mengesahkan kewujudan titah YDPA16 buat Najib Razak untuk di laksanakan oleh Kerajaan Perpaduan dengan dokumen yang di serahkan oleh Baginda Tuanku Al Sultan kepada Nizar.
Suka atau tidak kerajaan MADANI pimpinan PMX Anwar Ibrahim dan Timbalannya Zahid Hamidi harus akur dan menjunjung titah itu sebagai menghormati keputusan Tuanku yang terlibat membuat keputusan untuk mengangkat kerajaan MADANI 2 tahun yang lalu.YDPA16 telah beri perkenan untuk Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di rumah selepas beberapa tahun berada di penjara dan tempoh hukumannya di kurangkan sekali jumlah denda kepada separuh.
Mengambil kedudukan Najib selaku Pembesar Berempat Pahang dan jasa2 dia selaku bekas MB Pahang,Perdana Menteri 6 dan lain2 jawatan kabinet,Baginda membuat keputusan untuk beri pengampunan dalam titah adendum itu.
Keputusan telah di buat dan kerajaan MADANI perlulah menghormati keputusan mantan YDPA16 itu serta merta tanpa sebarang alasan dan dolak dalik lagi.Tidak perlu melibatkan YDPA17 bagi melaksanakan titah itu.
Majoriti rakyat juga harus akur dan terima keputusan yang di buat Sultan Pahang ke atas Najib Razak biarpun pahit untuk di telan.Apa lebih penting Malaysia harus bergerak ke hadapan demi kesejahteraan semua tanpa ada pilih kasih dan meminggirkan mana2 golongan masyarakat yang berbilang agama,kaum dan bangsa.Bebaskan Najib Razak hantar dia pulang ke rumah sebagai Tahanan Rumah dengan beberapa syarat ketat tertentu sudah memadai.
#PMXMemimpin
#MADANIMendunia
#PerpaduanMadani