Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan di tahap berbahaya sehingga Jumaat ini di Jerantut dan Kuantan Pahang, serta seluruh Kelantan dan Terengganu.
Hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Kedah yang membabitkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
“Selain itu ia dijangka melanda Hulu Perak, serta Pahang di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin,” kata MetMalaysia di Facebook tadi.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di tahap waspada yang dijangka berlaku di enam negeri
Ia termasuklah Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); seluruh Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar)
Manakala Pahang melibatkan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera).
Johor pula melibatkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi, manakala Sabah: Sandakan dan Kudat .