[panas] AKHIRNYA MP PAS MENGAKU PENDEDAHAN DS ZAHID! PAS PULA TIDAK SETU...


Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengakui pernah mengajak Barisan Nasional (BN) menyertai Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau turut menyifatkan tindakan itu bukan lagi rahsia memandangkan ia pernah beberapa kali dibangkitkan secara umum dalam siri pertemuan di Dewan Rakyat, sebelum ini. ============================================================================

Afnan Hamimi pula dalam kenyataan semalam, mencadangkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Setiausaha Agung PN yang baharu, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ahli Parlimen Alor Setar itu mencadangkan perkara berkenaan memandangkan Hamzah yang juga Ketua Pembangkang diberi mandat baharu sebagai Timbalan Presiden BERSATU.
Semalam, Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mengesahkan Mohamed Azmin dilantik sebagai Setiausaha Agung PN dan BERSATU.
Beliau dipetik berkata, lantikan Pengerusi BERSATU Selangor itu sudah dimuktamadkan dengan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
"Sudah muktamad, awal dahulu pun saya sudah sebut tetapi ketika itu mungkin ramai rasa betul atau tidak. Saya mahu ulang, memang sah saya sudah bersetuju lantik Azmin sebagai Setiausaha Agung BESATU dan PN," katanya seperti dilaporkan media.

Cadangan supaya Takiyuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung PN muncul beberapa hari selepas pertikaian antara PAS dan parti komponen PN mengenai calon Perdana Menteri gabungan berkenaan. Ia rentetan kenyataan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyifatkan Muhyiddin sebagai calon tepat bagi jawatan itu, namun disanggah Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin yang berpandangan calon dari parti Islam itu lebih layak.