BUAT KETUA PEMUDA PAS- TAK PAYAH PERASAN SANGAT LAH..CITA CITA KALAU LAH NAK TEBUK ATAP , TU BUKAN AGENDA PEMUDA YANG BERWIBAWA.33 BULAN BAGI PELUANG DULU PUN MENYIKSA RAKYAT SAJA...HANG NAK JADI MENTERI APA ? APA HANG BOLEH BUKTIKAN...KIOK.

 ‘Habaq awai’ kalau nak sertai usrah PN, kata MP Pas

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, beritahu awal jika pemimpin dari kerajaan Madani ingin menyertai usrah Perikatan Nasional (PN).


Seloroh Ketua Pemuda Pas itu juga menyebut tentang Putrajaya yang dianggapnya mempunyai tempat lebih luas jika pemimpin PH-BN ingin menyertai usrah bimbingan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu.

“Kalau kawan-kawan dalam PH-BN teringin nak join usrah kami, habaq awai.


“Nak kena cari tempat luas sikit. Di Putrajaya ada banyak tempat,” tulisnya di Facebook beliau.


Afnan turut memberitahu bahawa Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menaja makanan seperti capati, roti canai dan teh masala dalam usrah PN kali kedua yang diadakan di Pejabat Agung Pas semalam.

“Ahli usrah ralit tekun mendengar dan mencatat kupasan Ayah Chik (Abdul Hadi Awang) tentang konsep Madinah, pembangunan bandar, pembentukan tamadun masyarakat, mengikut tafsir Surah Al-Hujurat.


“Sesi dialog juga rancak. Beberapa ahli bertanya soalan. Banyak soalan tentang kenegaraan,” katanya lagi.