SYABAS DR HAFIDZAH




Kebijakan seorang pemimpin bukan terletak kepada duit tetapi kepada akal. Kalau sesebuah kerajaan itu banyak duit, tetapi pentadbirannya tidak tahu mengurus tidak jadi apa benda juga, wang akan berkubur begitu sahaja.


Sebaliknya kalau pemimpin itu ada akal, tahu guna kedudukan ia boleh bangunkan sesuatu kawasan dengan sebaik baiknya. 


Inilah yang kita nampak berlaku kepada wakil rakyat PH di Kota Bharu Dr Hafidzah Mustakim.


Sebagai wakil pembangkang beliau dinafikan peruntukan daripada kerajaan Kelantan.


Namun itu bukan alasan untuk dia tidak bantu masyarakat dan rakyatnya. Dia mencari alternatif lain guna akal dan kedudukan.


Misalnya untuk bantu 1,500 peniaga di Pasar Siti Khadijah beliau adukan perkara itu kepada PM. Al hasilnya PM umumkan peruntukan RM5.5 juta bagi membaiki dan perindahkan  pasar berkenaan.


Sudah lama keadaan pasar itu uzur dan laih, tiada apa apa tindakan dan ikhtiar dilakukan kerajaan Kelantan. Wakil rakyat juga sudah berpenggal mrnang dan tembus, hanya bual dan meriba tangan.


Manakala ahli parlimen Pas mahu menumpang bayangan untuk berteduh mendapat sedikit benefit daripada usaha Dr Hafidzah bila PM beri RM5.5 juta. Muka tak malu welll.


Kita harap masyarakat Kota Bharu dapat membezakan diantara wakil rakyat prihatin dengan wakil rakyat yang taki tembus. 


Syabas kepada Dr Hafidzah kerana bijak gunakan status dan kesempatan untuk bantu rakyat Kelantan  yang dituba dengan sejuta janji menerusi pembesar suara yang rosak. Trims.