BANTUAN DAN LATIHAN.


 Koperasi Institut Pertanian Sedang


SEJATI MADANI

DANA KERAJAAN UNTUK AKTIVITI KAMPUNG/ KOMUNITI








alhamdulillah, Koperasi telah dilantik sebagai pakar runding dalam projek pembangunan pertanian dan ternakan ikan oleh JKK Kg. Sungai Merab bagi maksud pembekalan, pemasangan, latihan dan kerja-kerja berkaitan dalam sistem tanaman Fertigasi Meja, Hidroponik dan ternakan ikan dalam tangki menggunakan konsep RAS.


Bermula dengam perbincangan awal di tapak projek kami di Serdang, telah membuka ruang dalam penyediaan kertas pembangunan projek. Kami membantu dalam penyediaan input maklumat sepertimana set-set tanaman yang ada di tapak kami termasuk juga set sistem ternakan ikan. Ianya sama seperti yang kami usahakan sebagai projek pendapatan koperasi.


Alhamdulillah, peruntukan diluluskan dan beberapa siri perbincangan diadakan bersama JK kerja projek mewakili Kg. Sg. Merab. Dengan persetujuan dicapai, maka bermulalah aktiviti pembekalan dan pemasamgan set tanaman mengikut perancangan kertas pembangunan. Kini ianya diperingkat akhir dalam pembangunan ini.


Aktiviti perundingan kami tidak tamat disini kerana aktiviti latihan akan diadakan kepada AJK projek dan juga melibatkan penduduk setempat kelak. Dan kami tidak meninggalkan projek ini dan masih akan membuat pemantauan selama 6 bulan dari tempoh kelulusan agar projek ini dapat dijayakan sepertimana projek di tapak kami juga.


Sepatutnya Program Sejati Madani ini berakhir pada 30 Sept 2024, namum dikhabarkan ianya dilanjutkan. Apa-apapun, mohon rujuk laman rasmi ini ya https://sejatimadani.icu.gov.my/home agar tidak terlepas peluang yang baik ini untuk kemajuan dan aktiviti setempat.


Andaikata memerluman khidmat kami, dari segi penyediaan dokumen, input maklumat, boleh hubungi kami untuk perbincangan. Cepat-cepat ya.


Gambar-gambar menceritakan sebahagian dari aktiviti dijalankan untuk program ini.