PERKEMBANGAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA! DS ANWAR IBRAHIM PMX BERADA DI PAK...




Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan sekali lagi tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, tidak sebarang percubaan untuk menghantar usul undi tidak percaya sama ada melalui panggilan telefon, emel atau surat menyurat pada sidang Parlimen yang akan bermula 14 Oktober ini. “Ini kerana sudah tentu untuk memungkinkan undi tidak percaya itu terjadi, usul mesti dihantar kepada saya. Setakat ini (2 Oktober), saya tidak dapat apa-apa usul. “Bagaimanapun, usul itu boleh masuk (hantar) pada bila-bila masa termasuk ketika sidang Parlimen sedang berlangsung tetapi terpulang kepada Speaker (saya). “Kalau Speaker rasakan wajar, tidak wajar, akhirnya kuasa Speaker,” katanya ketika ditemui media di Dewan Astaka Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), kampus Gambang, di sini, hari ini. Johari berkata demikian selepas melancarkan program Akademi Menara Gading 2.0 iaitu kerjasama UMPSA bersama rakan strategik, Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA). Anwar sebelum ini mencabar pembangkang untuk bawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat pada 14 Oktober ini. Cabaran itu dibuat Anwar selepas beberapa perwakilan dan pimpinan PAS menuntut Ahli Parlimen Tambun itu meletak jawatan pada Muktamar Tahunan ke-70 parti berkenaan di Temerloh, baru-baru ini. Ini bukanlah kali pertama beliau mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk membentangkan usul itu di Dewan Rakyat, cabaran serupa pernah dikemuka pada 11 Januari lalu dan 6 Mei tahun lalu. Mengulas Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, beliau berkata, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan diyakini membentangkan belanjawan yang lebih padu. Pada masa sama, sidang itu yang diadakan dari 14 Oktober hingga 12 Disember depan diharap berjalan dengan lancar dalam usaha membangunkan negara yang lebih maju. “Saya harap Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian, sebaliknya meningkatkan kualiti perbahasan demi kepentingan rakyat,” katanya.