SURAT DARI PELAJAR UNTUK YB DR. ZALIHA! TERKEDU PELAJAR INI DAPAT PANGGI...



Tular kenyataan berang pihak tertentu selepas Menteri Wilayah Persekutuan yang dianggap ‘Iron Lady’ mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguruskan sendiri pengendalian tapak berniaga musim perayaan. Dr Zaliha Mustafa memutuskan bahawa semua lot bazar selepas ini tidak lagi diserahkan kepada pihak ketiga untuk dikendalikan memandangkan terdapat banyak masalah termasuk tindakan pihak ketiga menyewakan tapak dengan harga berkali ganda daripada yang disewakan DBKL. Terdahulu, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman dalam reaksinya kepada media antara lain mempersoalkan keupayaan Dr Zaliha menerajui kementerian terbabit. “Kita ini peniaga di sini. Kita ini orang di sini, orang Kuala Lumpur. Yang Berhormat Menteri orang Johor. “Tahu ke dia nak tadbir Wilayah ni? Jadi, dia kena berhati-hati ‘bermain’ di Kuala Lumpur,” tegas Rosli. Susulan itu, rata-rata warganet menyokong tindakan tegas Dr Zaliha dalam mengatasi masalah pertikaian tapak berniaga setiap kali musim perayaan di ibu negara. Tidak kurang juga mengingatkan tidak pula timbul pertikaian sebelum ini apabila Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan semasa era kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri. Dalam masa sama, ramai menyifatkan pihak kartel berkaitan lot niaga bazar musim perayaan sedang menggelupur kerana sukar untuk menangguk keuntungan atas angin dengan kadar sewa berlipat kali ganda seperti menjadi kelaziman sebelum ini. Selain itu, warganet turut berharap agar ada yang membuat laporan berhubung gejala ‘sakau’ duit lessen berniaga kepada pihak berwajib bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan.