RAKYAT APA PUN TAK DAPAT


 SUSUNAN CATUR POLlTIK


Dalam siri podcast KS Lagi yang menampilkan temubual bersama adik PM Najib iaitu Nazir Razak (bekas pengerusi CIMB Group), ada adik Najib sendiri ceritakan bagaimana dia cuba menyedarkan abang beliau sendiri akan satu skandal kewangan besar yang sedang berlaku. Skandal yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah skandal 1MDB.




Nazir menceritakan bagaimana beliau dituduh ingin menjatuhkan abang beliau apabila terlibat dalam beberapa siri pendedahan skandal 1MDB dalam beberapa artikel dan kenalan yang berpengaruh, beliau juga ada bercerita bagaimana Najib tidak mengendahkan nasihat dan laporan beliau dan turut menyebut dalam pod cast tersebut "When your brother is prime minister, don't expect to be able to speak to your brother like you used to".


Nazir menyifatkan hubungan beliau dengan Najib sedikit tegang sewaktu beliau fokus untuk membongkarkan kesalahan skandal 1MDB. Namun beliau juga berpendapat Najib adalah mangsa kepada kerosakan sistem, beliau berkata "One, I don't think it's fair (1MDB crisis focuses on one person only). Two, Malaysia needs to learn from all the systemic issues that the 1MDB crisis brought up,". Pendek kata, Nazir berkata 1MDB bukan salah Najib seorang, tapi seluruh sistem semak-imbang telah gagal berfungsi.


Kini satu permohonan maaf Najib Razak kepada seluruh rakyat Malaysia telah menggemparkan dunia politik negara, disambut pula permohonan maaf itu oleh PMX. Sesiapa yang faham pergerakan catur politik ini pasti akan faham, bak kata budak-budak sekarang YTJT~


#ytjt