[panas] RAZMAN PEMIMPIN PAS DISIASAT POLIS TERLIBAT HIMPUNAN HARAM! KATA...



Ketua pembangkang Perak Razman Zakaria merangkap ketua pembangkang Perak sah sedang disiasat ekoran penyertaan beliau dalam perhimpunan haram. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris ekoran aduan yang diterima sekitar pukul 6 petang semalam. “Lebih kurang 300 hingga 400 orang berkumpul dengan 200 bendera Jalur Gemilang pelbagai saiz dikibarkan peserta sambil diiringi lagu-lagu patriotik. “Seorang individu telah memberi ucapan tanpa pembesar suara dan siasatan mendapati individu tersebut adalah Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria. “Individu yang hadir terdiri daripada pimpinan Pas negeri, Pas kawasan Teluk Intan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan. “Arahan untuk menyiasat (OTI) akan dipohon bagi menjalankan siasatan lanjut. ============================================================================= PAS berdiri teguh dengan Ketua Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan lain-lain yang mengecam insiden pengibaran bendera China di Teluk Intan, baru-baru ini. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan berkata parti itu mengulangi gesaan agar kerajaan bertindak segera terhadap pihak terlibat. "Sekali lagi PAS menggesa kerajaan bertindak segera terhadap pihak yang memulakan provokasi dan tindakan tidak patriotik serta mereka yang membela pihak berkenaan, bukan menyiasat mereka yang membuat laporan polis," katanya.