BERJUMPA SAHABAT LAMA

 


Bang Mat pernah menjadi ahli parlimen Nilam Puri yang kemudiannya dikenali sebagai Kubang Kerian dari tahun 1990 sehingga 1999. Pada masa yang sama Haji Ramli Abu Bakar adalah ADUN Wakaf Baru pada ketika itu. Ketika di dalam parti lama, rumah Haji Ramli adalah tempat persinggahan Bang Mat apabila ada program ceramah di Kelantan. 



Salah satu peristiwa yang masih diingati Haji Ramli ialah ketika Bang Mat ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dia menunggu untuk menyerahkan tiket bas kepada Bang Mat selepas program, dia menunggu lama tanpa mengetahui Bang Mat telah dibawa oleh pihak Polis.


Hari ini selepas selesai program, Bang Mat mengambil kesempatan untuk melawat Haji Ramli di rumahnya di Tumpat. Bang Mat mendoakan Haji Ramli diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dapat berehat setelah lama berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.