BIJAKNYA KOREA SELATAN.

 

Jamzuri Ardani


Korea Selatan bijak. Negara tersebut berhadapan dengan ancaman ketenteraan dari Korea Utara dan China.  Saban tah koun mereka terpaksa berbelanja besar untuk memperkukuhkan keupayaan kenteraan mereka sehingga membebankan kewangan negara. 





Tapi mereka berjaya mengubah masalah menjadi peluang. 


Seperti Turki, Korea Selatan sekarang muncul sebagai kuasa baru dunia dalam industri persenjataan moden. Mereka berjaya mengeluarkan pesawat tempur, peluru berpandu, kereta kebal, meriam jarak jauh, drone, dan pelbagai lagi peralatan perang yang berkualiti dan berkeupayaan tinggi, setanding dengan peralatan tempur dari negara barat. 


Malah mereka boleh membekalkan peralatan canggih mereka dengan harga yang lebih murah dan dalam tempoh masa yang jauh lebih cepat. 


Hasilnya, industri persenjataan Korea Selatan sudah menjadi sumber kekayaan negara tersebut dengan kontrak pembekalan berjumlah ratusan bilion ke seluruh dunia.