SELEWENG RM3 JUTA DANA AWAM! PENDAKWAAN AKAN DILAKUKAN MASA TERDEKAT!


Siasatan dakwaan penyelewengan dana derma awam berjumlah RM3 juta oleh pasangan pempengaruh dan dua individu lain hampir lengkap, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. “Kertas siasatan hampir selesai dan jika tidak silap pegawai penyiasat sudah merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk kaji kes berkenaan,” katanya kepada media selepas program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Akauntan Negara Malaysia Nor Yati Ahmad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Patimah Ramuji dan Pengarah Jabatan Khas Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Akmal Johari Ismail. Bernama sebelum ini melaporkan SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan melibatkan pasangan suami isteri pempengaruh itu dan dua lagi individu. Mereka disyaki melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan penyaluran kutipan derma awam secara tidak betul. Pada 16 Julai lepas mereka dibebaskan dengan bayaran jaminan RM100,000 setiap seorang selepas direman sejak 11 Julai.


No comments: