Mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 hari ini, yang antara lain telah meneliti kertas pembentangan berkaitan “Membina Sekuriti Ekonomi Melalui Rantaian Bekalan Yang Berdaya Tahan”.
Saya tekankan peri penting usaha ini sejajar dengan matlamat dan inisiatif-inisiatif di bawah Ekonomi MADANI. Sekuriti ekonomi bertambah penting terutamanya berlatar belakangkan kelemahan-kelemahan yang wujud ketika dunia bertarung dengan pandemik COVID-19.
Kerjasama antara Kerajaan, perniagaan dan organisasi antarabangsa adalah mustahak dalam memudahkan perkongsian maklumat, menyelaras maklum balas dan membangunkan piawaian yang seragam.
Sehubungan itu, mesyuarat hari ini antara lain bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan sejajar dengan objektif membina sekuriti ekonomi negara.
#MalaysiaMADANI