KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA





Secara dasarnya, Amanah mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada parti penyandang di kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam mana-mana PilihanRaya Kecil (PRK). Pendirian ini berdasarkan kepada amalan gabungan Perpaduan dalam 6 PRK yang dihadapi sepanjang tempoh penggal Parlimen ke-15 ini.


Walau bagaimanapun, pendirian ini bukanlah muktamad di mana AMANAH bersedia untuk bertanding dalam mana-mana PRK jika dipersetujui bersama oleh parti-parti komponen Perpaduan.


Sungguhpun begitu, isu pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya ke-16 masih belum dibincangkan dan diputuskan oleh badan tertinggi gabungan Perpaduan.


Justeru, AMANAH akan terus komited kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen Perpaduan untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-16.


MOHAMAD BIN SABU

Presiden


Tarikh: 15 Ogos 2024



No comments: