KISAH YANG PATUT JADI PENGAJARAN



 Sebatang curut harga R M 60 k. Kisah ni dah lama berlaku. Ustaz pun dah hampir terlupa tapi baru-baru ini ada seseorang yang buat ustaz ingat semula.

.

.


Masa tu ustaz dijemput ke sebuah rumah mewah di kawasan Hulu Klang. Ustaz dijemput untuk ziarah, lebih kurang macam tu.


Tuan rumah ni seorang berpangkat Dato yang kaya raya.


Apa berlaku ketika ustaz di rumah mewah tu?


Masa ustaz dan beberapa orang tetamu lain tengah borak-borak, tiba-tiba ustaz dengar suara tuan rumah ni mengamuk. Bukan main kuat lagi sampai kami di ruang tamu pun dengar juga. 

.

.

Apa punca Dato ni mengamuk?


Rupanya bilik simpanan curut dia terganggu. Suhu berubah menyebabkan satu kotak curut mahal telah rosak. 


Bila keadaan stabil, Dato ni pun cerita pada ustaz, harga curut sebatang R M 60k. 


Bukan sekotak ya. Sebatang harga macam tu. Jadi cuba tuan puan bayangkan kalau sekotak ada 24 batang curut. Jumlah harga sekotak curut tu dah dekat 1.5 juta.


Allahuakbar. Mana tak mengamuk tuan rumah tu.


Ustaz dan tetamu yang dengar juga terkejut. Bukan main melopong kami bila tahu ada curut harga macam tu. 


Masha Allah.


Lebih tak sangka, ada orang sanggup berbelanja besar macam tu semata-mata untuk curut. 

.

.

Sebelum balik, ustaz sempat bercakap Dato ni. 


"Dato, boleh saya cakap sesuatu?"


Dia jawab sambil ketawa,


"Silakan ustaz.., jangan ceramah sudah lah."


Ustaz pun bagi nasihat sikit. Iyalah.. sebagai pendakwah ustaz tetap kena sampaikan perkara yang betul.


"Dato, di akhirat nanti tidak akan bergerak kaki kita selagi kita belum jawab beberapa soalan. Antara soalan yang perlu dijawab adalah daripada mana harta yang kita dapat dan ke mana harta yang kita belanjakan."


Itu saja yang ustaz cakap. Tak lama lepas tu ustaz pun beredar. 

.

.

Tuan puan yang dirahmati Allah,


Harta adalah ujian dari Allah. Seperti yang ustaz cakap pada Dato yang kaya raya tu, ustaz kongsi juga pada tuan puan semua sebagai iktibar kita bersama.


Sama-sama kita semak diri masing-masing, bukan orang lain.


Dari mana harta yang kita dapat?

Jalan mana kita usahakan? Halal kah?

Adakah kita zalimi orang, atau ambil harta orang?

Ke mana kita belanjakan?

Sudahkah kita berzakat bagi harta yang cukup kadarnya?

.

.

Tuan puan,


Harta yang kita gunakan bukan saja ditulis pada kitab catatan amal, tapi harta juga akan beri kesan pada tubuh badan kita dan keluarga. 


Jadi darah daging, beri kesan pada jiwa dan akhlak. 


Sebab tu kita kena hati-hati dengan sumber harta. Pastikan betul-betul halal sesuai dengan syariat Islam.

.

.

Tuan puan yang dirahmati Allah.


Harta dinilai bukan pada kuantiti tapi pada kualiti. Kualiti yang ustaz maksudkan di sini adalah soal yang keberkatan harta.


Sama-sama kita kejar harta yang berkat. Sumbernya halal, manfaatnya besar. Bukan hanya manfaat dunia, tapi sampai ke akhirat.


Sama-sama kita usahakan.

.

.

#UstazHanafiMalek



No comments: