MB NEGERI SEMBILAN TUKAR YB RAFIZI SEBAGAI MENTERI EKONOMI? FITNAH @ BENAR?


Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menafikan menerbitkan poster berkenaan Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Aminuddin Harun yang didakwa akan dilantik sebagai Menteri Ekonomi. Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dalam satu kenyataan berkata, poster ucapan tahniah yang tular di media sosial itu adalah palsu. “Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita sebegini. “Kenyataan yang tepat dan sahih daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan hanyalah melalui laman media sosial “UMNO Perhubungan Negeri Sembilan” dan/atau TikTok “umno_ns”. “Tidak pasti, jangan kongsi.,” katanya menerusi laman sosial Facebook badan tersebut semalam. ================================================================================ Naib Presiden PKR itu berkata, dia sehingga kini tidak dipanggil Perdana Menteri, malah menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat menganggotai Kabinet. “Buat masa ini saya tak berhasrat nak ke Kabinet dan saya tak dengar apa-apa berita dan tidak dipanggil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pun. “Biasalah bila dah lama tak dengar cerita politik, jadi dia buat cerita politik dan saya yakin itu hanya gurauan senda, ini semua berita nakal,” katanya dalam sidang media hari ini.


No comments: