PUTIN JEMPUT ANWAR KE RUSSIA.


 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan ke Vladivostok, Rusia, dalam tempoh beberapa minggu lagi, bagi memenuhi undangan Presiden negara itu, Vladimir Putin.



Beliau berkata, antara perkara utama yang akan dibincang dalam pertemuan tersebut ialah mengenai potensi kerjasama ekonomi yang boleh dikembangkan di antara dua negara.


Katanya lagi, beliau juga ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan merdeka, dan boleh mengadakan hubungan bilateral dan ekonomi tanpa terikat dengan mana-mana kuasa besar.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews