SALAH DENGAR ATAU TERSALAH CAKAP

 


Terkejut juga bila viral video dikatakan staf Jabatan Agama Islam Perak, berkenaan Agama Islam banyak persamaan dengan Hindu.


Banyaklah komen yang mengeji.


Bila saya dengar...saya rasa ada tersilap dalam bercakap. Mungkin teruja ditemubual. 


Saya rasa perkataan yang betul adalah ada persamaan, bukan banyak persamaan. 


Wanita yang bercakap ini juga adalah peserta kursus Interfaith.


Dah pulak. Ramai juga netizen bantai ni agenda plural freemason Y@hudi untuk samakan agama. 


Untuk faham ini, wajib kena dengar juga penjelasan empunya badan.


Tujuan program dan kursus adalah mengenali antara agama. Bila kita kenal, kita faham, baru mudah kita dakwah.


Dakwah Islam kepada bukan Islam di Malaysia ni agak sendu walaupun sudah ratus tahun orang Cina dan India ada di Tanah Melayu.


Antara puncanya ialah kerana tidak tahu untuk mula dari mana. Nak sembang apa. Takut nak bercakap soal agama dll.


Sebab itu bila belajar agama lain, kita cari persamaan. Bila sama baru boleh sembang.


Macam tubuh kerajaan Perpaduan. Kalau UMNO cari perbezaan dengan DAP, beribu agaknya perbezaannya. Tapi apabila ditumpukan pada persamaan, baru lah dapat mula perbincangan dan tubuhkan Perpaduan.


Kadang ada orang dapat projek berjuta kerana persamaan dalam team bola sahaja. Dengan sama kita selesa.


Paling kurang antara Islam dan agama lain ialah percaya wujudnya tuhan.


Kita pi tempat depa. Kita ajak dan buat penerangan pulak tempat kita. Kalau kita tak buat, kita tak ada peluang.


Ini namanya dakwah kontemporari. Kena sangka baik dulu, siasat dan fahamkan. Bukan tau nak hentam semberono sahaja. 


Jangan mudah-mudah nak pertikaikan akidah orang, apatah lagi nak cabut akidah orang atas penghakiman kita.


Semoga usaha dakwah terus subur. Yang salah silap, kita betulkan. Wujudkan garis panduan agar tidak tersasar.


Salam perantau,


Muhammad Fairul Al Qasas 

Madinah



No comments: