𝟭𝟬 𝗙𝗜𝗞𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗦



✍️  Ahmad Mursi


1.  Kau liberal. Liberal terkeluar dari Islam. Kau terkeluar dari Islam. Kafir mengkafir.


2.  Berpakat dengan PAS, bermakna berpakat dengan Islam. Berpakat dengan selain PAS, bermakna berpakat dengan kuffar dan Al-Ahzab.


3.  Parti PAS sahaja Islam, parti lain semua sekular kerana bukan ustaz2 jadi ketua dan perlembagaan parti pun tidak Islam.


4.  PAS menang, maka Islam menang. Selagi PAS tidak menang, selagi itu Islam belum menang. Mesti berjihad. Mati ahli PAS dikira mati syahid.


5.  Kerajaan tak buat hudud itu kerajaan kafir. Jika PAS tak buat hudud, itu kerana bukan keutamaan PAS. Yang bertanya itu soalan syaitan.


6.  Kerajaan zalim, wajar doa laknat dan kehancuran walaupun orang Islam. Hanya PAS sahaja kerajaan adil di atas muka bomi. Keadilan tertegak hanya ditangan PAS.


7.  Walaupun kerajaan buat baik, tetap tidak dikira Islam. Wajib pilih PAS jika ada wawasan akhirat.


8.  Hanya PAS pejuang Islam. Pertubuhan selain PAS bukan pejuang Islam. Samada ABIM, IKRAM, AMANAH, UMNO, PKR, NGO2.


9.  Wajar fitnah dan buat dosa besar qazaf kepada Lawan politik PAS kerana mereka bukan puak Islam.


10.  Kritik pemimpin PAS itu bermakna lawan Ulama dan haram. Hina, caci, maki, fitnah, kritik pemimpin kerajaan dan parti lain itu halalan toyiba.



No comments: