PKR CABANG BERA MAKIN KUKUH.13 CABANG RANTING AKTIF TERIMA SIJIL PENGESAHAN

 

 

AMIRUDDIN AHMAD

 

BERA- Satu majlis penyerahan bagi 13 ranting cabang Bera telah dilakukan di Bandar Kemayan baru baru ini. Sebanyak 13 ranting yang aktif dengan anggaran keahlian seramai 1500 orang telah diberikan sijil kelulusan dari PKR pusat dan MPN Pahang.

Dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh Tuan Hafizi Haron, setiausaha pengelola MPN Pahang, beliau menyatakan bahawa PKR Bera makin bertambah ranting dengan 13 buah ranting yang aktif dan menandakan bahawa Bera menjadi salah satu target untuk PKR menawan ranting dalam pilihanraya yang akan dating.




“ Dengan menerima sijil lantikan pengesahan dari MPN Pahang, bermakna , ranting ranting ini aktif dan semoga ahli ahli PKR ini mencari lagi ahli ahli yang mahu bersama kita dalam perjuangan untuk  membanteras penyalahgunaan kuasa,rasuah dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang”. Demikian ujar beiau lagi.

13 ranting yang menerima sijil itu ialah seperti bedikut :



 


Sementara itu YB Senator Bob Manolan Mohammed pula dalam ucapan penerimaan 13 sijil ranting  dalam cabang Bera  berkata , "Usaha yang dilakukan oleh ahli ahli PKR adalah amat dihargai dan semoga ahli ahli ini akan terus  bertambah dan kita sedang membuka ranting ranting baru sebnyak 15 lagi ranting yang berpotensi  dalam masa  terdekat , sehingga kita mempunyai setiap kampong dan felda, kita punya 1 ranting ,dari beberapa kampong kampong di dalam Cabang Bera". Ujar beliau lagi. 


Turut hadir ialah KC = YB SENATOR MANOLAN MOHAMAD, TKC = ABD RAZAK ABD KADIR,NKC I = TUAN HJ. ABAS AWANG,NKC II = TUAN HAJI MOHAMED ANDULLAH,NKC III = LIEW CHEONG CHEW,Jemputan Khas = Tuan Hafiz Harun, SUP MPN Pahang.















No comments: