MENIPU ATAU KENA TIPU??




Che Ibrahim


1. Sumpah tidak disyariatkan dalam Islam dan tidak ada kesan perundangan kecuali dalam kes Li'an atau  dalam mahkamah atas perintah Hakim.


2. Sumpah tidak perlu ditunaikan jika didapati selepas itu ada yang lebih baik dari sumpahnya sebagaimana hadis Rasulullah saw:


من حلف على يمين فرٱى خيرا منها فليٱتى الذى هو خيرا وليكفر عن يمينه


(Sesiapa yang bersumpah, kemudian dia dapati sesuatu yang lebih baik dari sumpahnya, maka dia kena ikut apa yang lebih baik itu dan kena batalkan sumpahnya dengan membayar kafarah)


3. Sumpah yang bercanggah dengan syariat atau maslahat haram ditunaikan dan wajib dibatalkan dengan membayar kafarah seperti sumpah nak cerai bini, sumpah tak mahu tidur dengan bini, sumpah nak putuskan silatulrahim dll.


4. Kafarah sumpah ialah memberi makan atau pakaian kepada 10 orang miskin, jika tidak mampu hendaklah berpuasa 3 hari berturut turut.


Yakinkah si Penyumpah atau yang mengarahkan suatu sumpah itu, bahawa parti Bersatu adalah yang terbaik berbanding Pas atau parti parti lain?? Jika sebaliknya, si Penyumpah mengikut hukum syarak boleh membatalkan sumpahnya dan tidak perlu menunaikan sumpahnya.



No comments: