1. Syahid dalam peperangan @ syahid ma'rakah yang dianggap Syahid dunia dan akhirat.
2. Syahid bukan dalam peperangan @ syahid akhirat.
Ulama khilaf adakah mereka yang syahid dalam peperangan kena dimandi, dikafan dan disolatkan jenazah mereka?
1. Jumhur ulama berpendapat jenazah mereka tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan, mereka dikebumikan dengan pakaian dan badan yang berdarah itu.
2. Ada qaul berpendapat mereka tak perlu dimandikan, tapi perlu disolatkan.
3. Qaul ketiga pula kata kena mandikan dan kena solat.
Adapun mereka yang bukan Syahid ma'rakah @ Syahid dalam peperangan, jenazah mereka wajib dimandikan, dikafan Dan disolat ke atas jenazah mereka.