𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!! 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐕𝐒 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓?

 

𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!!  𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐕𝐒 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓? 

 


Soalan : Dr boleh ke saya makan durian kalau ada penyakit Diabetes.


Jawab : Boleh makan syarat dengan Ilmu!! 


Apa kelebihan Durian ini sebenarnya: 

✅ Membantu untuk menambah darah. 

Durian kaya dengan folate dan acid folic yang di perlukan untuk penghasilan sel darah merah.  

 

✅ Melancarkan penghadaman 

Durian mengandungi serat atau fiber yang membantu untuk melancarkan sistem panghadaman dan mengelakkan masalah sembelit. 

 

✅ Kaya antioksidan 

Buah ini juga mengandungi anti oksidan yang tinggi yang membantu untuk memperlahankan proses penuaan. Ia juga penting untuk mengelakkan kerosakan sel yang boleh menyebabkan kanser 

 

✅ Vitamin 

Terdapat pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan seperti vitamin C, thiamine, riboflavin, niacin dan vitamin b6 

 

✅ Manfaat untuk tulang. 

Durian mengandungi kandungan garam mineral seperti potasium dan kalsium yang banyak. Ini baik untuk pembentukan tulang yang kuat dan sihat 

 

✅ Bebas kolesterol 

Buah ini mengandungi sifar kolesterol. Ia juga mengandungi lemak tidak tepu yang baik untuk mengurangkan lemak yang jahat 

 

✅ Mengurangkan stress dan membantu masalah tidur 

 

Durian mengandungi tryptophan ia iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang membantu masalah tidur. Ia juga merupakan bahan yang di perlukan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Kedua dua bahan ini membantu untuk mengurangkan stress, masalah kebimbangan dan kemurungan. 

.  

Walaubagaimanapun, manfaat ini boleh menjadi MUDARAT sekiranya di ambil dalam kuantiti yang berlebihan. 

 

⚠️ Pakar nutrisi menasihatkan untuk mengambil 100gram durian bagi setiap hidangan atau hanya 2-3 ulas kecil durian.  

 

⚠️ Selain itu, ia juga mengandungi kandungan gula yang tinggi yang perlu di ambil dengan kuantiti yang minimum oleh pesakit kencing manis. 

 

⚠️ Apabila di hadam di dalam perut, ia akan membebaskan gas dan alkohol yang menyebabkan perut menjadi kurang selesa. Oleh itu, bagi individu yang mengalami masalah perut khususnya gastritis dan keradangan perut, ia perlu di ambil dengan lebih berhati hati. 

 

⚠️ Badan akan terasa panas selepas makanan durian. Ini adalah berpunca dari proses metabolisma dan tindak balas kimia yang berlaku semasa proses penghadaman durian. Bagi sesetengah individu, keadaan ini menyebabkan badan berasa kurang selesa. Namun, ia tidak menyebabkan demam, batuk dan berkahak. 

.  

Kesimpulannya, telah terbukti raja buah ini mengandungi pelbagai manfaat. Namun terpulang kepada cara pengambilan anda yang menentukan sama ada ia menjadi manfaat atau mudarat berdasarkan kuantiti yang di ambil.


Faham kan, saya explain cara mudah!!


Dr Norman Norawi

-Nutrition Expert-

--------------------

Persatuan Perubatan Pemakanan Malaysia (ASFAMM) 

https://ezy.la/DAFTAR_AHLI_ASFAMM_2024



No comments: