Menteri Sumber Manusia Steven Sim menafikan bahawa bekas ketua pegawai operasi RD Corp, Ariff Farhan Doss 'disekat' daripada bertemu beliau.
Terdahulu, Ariff yang dipecat pada Mei lalu, mendakwa dia cuba bertemu dengan sekurang-kurangnya dua menteri sumber manusia untuk memaklumkan mereka tentang isu di agensi itu tetapi 'dihalang' untuk berbuat demikian.