Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menasihatkan Muhamad Jailani Khamis supaya sedia untuk membayar denda RM100 juta kepada Umno susulan tindakan Adun Rembia itu `melompat' ke parti lain.
Beliau berkata, ini memandangkan perjanjian dan akujanji ditandatangani oleh semua calon Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya, wajib membayar denda itu kerana mengkhianati parti.