PENGHASUT DITANGKAP PIHAK POLIS! KEPUTUSAN SPEAKER TEPAT KATA PAKAR!



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan tepat apabila mengisytiharkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing. Pakar undang-undang, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi merujuk kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa pemecatan, pembuangan atau penyingkiran daripada parti bukan alasan untuk mengosongkan sesuatu kerusi. Pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman Universiti Malaya itu berkata, Speaker juga tidak bertindak sewenang-wenangnya kerana beliau memiliki budi bicara terkawal dan perlu meneliti adakah isunya adalah pemecatan atau berhenti daripada menjadi ahli parti. Kata Shad Saleem, kebiasaannya seseorang Ahli Parlimen berhenti daripada menjadi anggota parti atas tindakannya sendiri seperti tidak membayar yuran, gagal menghadiri mesyuarat, meletak jawatan atau menyertai parti lain. Namun apabila membabitkan penyingkiran daripada parti, itu adalah keputusan parti sendiri. “Parti akan memberi notis dan akan melakukan siasatan. Ia akan membuang ahli terbabit daripada parti kerana wujud salah laku. “Dilihat dari sudut ini, nampaknya tindakan Bersatu membatalkan keanggotaan keenam-enam Ahli Parlimen sebenarnya adalah satu penyingkiran atau pemecatan secara konstruktif dan bukannya sekadar kes mereka berhenti menjadi ahli,” katanya seperti dilapor Bernama dalam temu bual dalam program Bernama World. Secara peribadi, beliau tidak menyokong tindakan lompat parti kerana ia adalah amalan yang tidak bermoral dan menafikan keputusan pilihan raya. Bagaimanapun pada masa sama, beliau akui tidak nampak situasi membabitkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu itu akan menjadi ancaman kepada kewujudan atau fungsi parti politik di Malaysia. “Jangan lupa bahawa selama 64 tahun kita tidak mempunyai sebarang undang-undang antilompat parti kerana ia hanya muncul pada 2022,” katanya lagi seperti dilapor. Pada 11 Julai lepas, Johari mengulangi bahawa keputusan berkaitan status bekas enam Ahli Parlimen Bersatu itu adalah kekal kerana kerusi mereka tidak dianggap kosong menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. 6 Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).




No comments: