KEMISKINAN SABAH DAN SARAWAK. JIKA TIADA SISTEM. PENYELESAIAN GAGAL



 Untuk isu semalam yg di tanya Bung Moktar & kebimbangan isu kemiskinan oleh Shafie Apdal kpd menteri ekonomi, pendapat GM itulah yg perlu & harus berlaku di Parlimen menggunakan peluang itu sebaik mungkin. 


Tidak ada salahnya isu PADU, statistik, strategi piawaian antarabangsa dalam isu data kemiskinan. Sdra Rafizi bertindak atas kewajaran menteri ekonomi. Maaf, kami bukan nak backup @ jek si Rafizi tu sangat, tapi kalau data awal peringkat Persekutuan tu tak ada, pun susah juga nak salur ke bawah.


Cuba fikir, dah berapa puluh tahun kita asyik sebut kemiskinan Sabah Sarawak...jalan berlubang...infrastruktur jalan raya...pembangunan kemiskinan...pembaikan perumahan rakyat...dan pelbagai bantuan ? Ada setahun dua atau dh puluh tahun kita bincang ? Kenapa faktor kelemahan situasinya masih sama ?


Persoalannya apa dah jadi ? Mana silapnya?


Apakah kalian tahu atau sengaja buat lupa, TMJ sendiri kerap tersinggung dgn "Kerajaan Persekutuan beri berbilion" kpd Sabah & Sarawak tapi tidak ke Johor. Johor semakin hari, semakin berkembang dgn industri. 


Tapi mengapa jalanraya, paip air, bangunan Sabah & Sarawak masih lg era 60 an ? 


Pernah dengar org yg jaga air Sabah duitnya simpan dalam almari...peti ais & atas siling? Dan pelbagai korupsi yg terkait kpd tender & kontrak sebelum ini. Apatah lagi di Sarawak pernah Sarawak Report isukan tanah beribu ekar kpd kroni pd harga murah & menindas puak suku di sana. 


Sengaja buat2 lupa?


Itulah yg berlaku, kelemahan Sabah & Sarawak itu berpunca dari pemerintahan mereka di sana sendiri. Semua dok mengaut keuntungan tersendiri, politik hanya sebuah jalan utk meletakkan diri di atas sambil menikmati pelbagai kelebihan, pencen sbg penerusan hidup, board direktor selepas satu sykt kepada satu sykt yg lain. 


Ada nak tolong rakyat kamu? Apakah ada yg bertanya menteri kerjaraya atau perbandaran setempat lihat struktur jalan,paip, pembangunan ? 


Selama ini kamu sendiri buat apa? 


Mengapa asyik kerap di tanya kpd Persekutuan dgn minta berbilion kemudian terima berbilion hingga TMJ sendiri jeles kpd situasi tersebut tetapi isu pokoknya masih lagi tak habis puluh tahun ?


Peruntukan itu ada wahai Bung Moktar & Syafie Apdal. Tapi siapa pelaksana pd kerajaan negeri sehingga kerajaan tempatan/bandaraya ? Ini yg perlu di rombak dan lihat sendiri. 


Indonesia dh siapkan Istana Garudanya di Kalimantan. Mereka menukar pusat pentadbiran dan biar pelaburan asing masuk meluas. Dengan bilangan penduduk rakyatnya berjumlah 282 juta pada tahun 2024, menghapuskan sybsidi minyak & diesel kpd rakyatnya kemudian alihkan subsidi yg terhapus itu kepada belanja pembangunan dan wilayah ekonomi baru dgn menarik pelabur asing & tawaran pekerjaan kpd penduduknya...akhirnya mereka mampu buat perubahan. 


Limpahan ekonomi mereka akan sampai ke Sabah & Sarawak menerusi Kalimantan. Persoalannya lagi, apa yg kerajaan Sarawak & Sabah akan buat sebelumnlimpahan ekonomi tersebut berlaku. 


Duduk saja sambil tunggu dana berbilion kerajaan pusat ?


Maaf, bukan nak perlekehkan 2 negeri ini. Memang ada pembangunan ekonomi di negeri tersebut tetapi tidak sampai meluas di pendalaman. 


Sarawak dh mula cuba ambil alih Affin Bank yg memang dlm pandangan & pengetahuan kami sendiri. Memang ada agenda tersendiri, ya itu mmg kami akui. Sabah juga ada Labuan sbg pemangkin. 


Apa yg kami dapati, dengan pemilikan beribu hektar  tanah oleh kroni2 yg di dedahkan Sarawak Report suatu ketika dahulu...kerajaan negeri nak buat jalan pun tak boleh sebab tanah persendirian. Rakyat yg menduduki di persekitaran tersebut bergelut dgn tanah becak dan berlubang malah lebih teruk. 


Nak lalu tanah persendirian kroni, dah tentu bermasalah. Rakyat di sana masih bergelut kemiskinan. Jadi, apakah tidak boleh cuba mula dari bawah iaitu mempastukan sempadan & laluan oleh pejabat tanah & galian di sana. Jabatan Kerjaraya perlu bertindak proaktif. Setidaknya laluan Pan Borneo sudah mula membantu utk mendapatkan limpahan ekonomi. Projek bekalan air, elektrik dll. 


Ya, cakap memang mudah dan senang...itulah kata mereka. Tapi berbilion di beri kpd Sabah & Sarawak, apa limpahan yg rakyat di sana dapat. Apakah dapat hanya pd kroni2 atau pun melalui proksi board direktor saja kemudian bising di Parlimen ? 


Masaalahnya, bukankah kamu sendiri yg pernah pegang jawatan menteri kerjaraya...menteri Besar...ketua menteri... Dan semua kuasa itu pernah di dalam kawalan dan tangan kamu. 


Tapi apa yg kamu buat ? Yg menjahanamkan Sabah & Sarawak bukan Kerajaan Persekutuan. Baik bermula Mahathir, Paklah, Najib, Muhyiddin, Mael Sabri hinggalah Anwar. Sebaliknya adalah kamu sendiri yg pernah memerintah di sana menerusi proksi2 kamu sendiri di sana. 


Apakah lupa dgn pekung yg terbuka mengaitkan arwah Taib Mahmud  oleh Siti Clare menerusi Sarawak Report itu sendiri ?


Nah...cubalah buka mata tu sendiri. Saat 2 negeri Borneo itu menerima berbilion hingga TMJ sendiri geram, Johor boleh maju...Sabah Sarawak ?


Betul Johor dekat dgn Singapor menerima limpahan ekonomi. Kali ini Indonesia buka pusat pentadbiran yg baru di Kalimantan, Sabah Sarawak akan merasai. Persoalannya di akhir, apakah limpahan itu akan sampai kpd rakyat setempat di sana atau hanya sampai pd kroni2 elit di sana !


Tepuk dada, tepuklah kepala itu sendiri.


Yang berkarya:

Gino Marvela



No comments: